Soalan Lazim (FAQ)

Semua yang anda perlu tahu tentang topup diamond Mango Live

Pembelian & Pembayaran

Macam mana nak topup diamond Mango Live?

Proses topup sangat mudah dan cepat:

  1. Pilih pakej diamond yang anda mahu di halaman utama
  2. Masukkan Mango Live ID dan nombor WhatsApp anda
  3. Pilih kaedah pembayaran - FPX, DuitNow, atau bank transfer
  4. Buat pembayaran dan diamond akan masuk secara automatik dalam beberapa saat

Tak perlu buat akaun pun - boleh beli terus sebagai guest!

Apa kaedah pembayaran yang diterima?

Kami menerima pelbagai kaedah pembayaran:

  • FPX Online Banking - Semua bank Malaysia (Maybank, CIMB, RHB, Bank Islam, dll)
  • DuitNow QR - Scan dan bayar terus dari app banking anda
  • Online Banking - Transfer terus dari akaun bank anda

Semua pembayaran diproses secara selamat melalui CHIP payment gateway yang disahkan Bank Negara Malaysia.

Betul ke harga paling murah di Malaysia?

Ya! Kami adalah reseller rasmi yang mendapat harga wholesale terus dari pembekal. Harga kami bermula dari serendah RM10.50 untuk 10,000 diamonds. Bandingkan dengan harga dalam app Mango Live - anda boleh jimat sehingga 30-50%!

Untuk pelanggan setia yang berbelanja RM500+ sebulan, kami juga tawarkan harga cut-off khas yang lebih murah lagi.

Ada minimum pembelian tak?

Pakej paling kecil kami bermula dari RM10.50 untuk 10,000 diamonds. Tiada minimum pembelian - anda boleh beli satu pakej je pun boleh!

Penghantaran Diamond

Berapa lama diamond sampai?

Penghantaran diamond adalah automatik dan segera. Sebaik sahaja pembayaran disahkan, diamond akan dihantar ke akaun Mango Live anda dalam masa beberapa saat sahaja.

Dalam kes yang jarang berlaku, penghantaran mungkin mengambil masa sehingga 5 minit. Jika selepas 10 minit diamond masih belum masuk, sila hubungi kami melalui WhatsApp.

Macam mana nak cari Mango Live ID saya?

Untuk mencari Mango Live ID anda:

  1. Buka app Mango Live
  2. Pergi ke profil anda (tab "Me" atau "Saya")
  3. ID anda akan terpapar di bawah nama profil anda
  4. ID anda adalah nombor sahaja (8-9 digit)

Pastikan anda masukkan ID yang betul untuk mengelakkan diamond dihantar ke akaun lain.

Apa jadi kalau saya masukkan ID yang salah?

Jika anda tersilap masukkan ID, sila hubungi kami segera melalui WhatsApp sebelum pembayaran dibuat. Selepas diamond dihantar ke ID yang salah, kami mungkin tidak dapat membuat pemulangan kerana diamond sudah masuk ke akaun lain.

Tip: Sentiasa semak ID anda dua kali sebelum membuat pembayaran.

Macam mana nak check status order saya?

Anda boleh semak status pesanan anda di halaman Check Order. Masukkan nombor order atau nombor WhatsApp yang anda gunakan semasa membuat pesanan.

Keselamatan & Akaun

Adakah selamat beli diamond di sini?

Ya, 100% selamat! Kami adalah reseller yang disahkan dan berdaftar SSM (003598675-U) di bawah WMY Official Empire. Semua transaksi:

  • Diproses melalui CHIP payment gateway yang disahkan Bank Negara Malaysia
  • Dilindungi oleh penyulitan SSL 256-bit
  • Kami tidak menyimpan maklumat kad atau akaun bank anda
Perlu buat akaun ke untuk beli diamond?

Tidak perlu! Anda boleh beli diamond sebagai guest tanpa perlu daftar akaun. Cuma masukkan Mango Live ID dan nombor WhatsApp anda.

Tapi kalau anda daftar akaun, anda boleh dapat kelebihan tambahan seperti:

  • Simpan Mango Live ID kegemaran
  • Sejarah pesanan yang lengkap
  • Harga cut-off khas untuk pelanggan setia
  • Guna sistem wallet untuk pembelian lebih pantas
Boleh refund tak kalau ada masalah?

Ya, kami ada polisi refund. Jika diamond tidak dihantar selepas pembayaran berjaya, anda layak untuk refund penuh. Sila baca Polisi Refund kami untuk maklumat lanjut.

Untuk sebarang isu, hubungi kami melalui WhatsApp dan kami akan bantu selesaikan dalam masa 24 jam.

Masih ada soalan?

Topup Diamond Sekarang